Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Thursday, 28 August 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SKKT 2014



Pada 28 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di Dewan Terbuka SK Kampung Tayor, telah berlangsung majlis sambutan Merdeka peringkat sekolah sempena meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang sambutan berlangsung, seperti Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan Pakaian Patriotik, Kuiz Merdeka dan Pertandingan Mewarna.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKKT 1435H



Pada 14 Ogos 2014 bersamaan dengan 14 Syawal 1435H yang lepas, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Kampung Tayor bertempat di Dewan Terbuka SKKT. Majlis yang penuh meriah itu telah dihadiri oleh ramai tetamu iaitu wakil-wakil dari PPD Setiu, Wakil dari sekolah-sekolah zon Setiu Timur, Ibu bapa dan seterusnya murid-murid SK Kampung Tayor. Sehubungan dengan itu, semua warga SKKT mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan puan menghadiri serta memeriahkan Majlis Sambutan Raya 2014 SK Kampung Tayor.

Sunday, 29 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1435H




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan dari kami seluruh warga SK Kampung Tayor... 
Semoga ibadah kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tuesday, 14 January 2014

Wednesday, 1 January 2014

Selamat Kembli ke Sekolah SKKT ~ 2014



Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga pendidik dan pelajar seluruh Malaysia khasnya kepada warga SK Kampung Tayor untuk sesi persekolahan tahun 2014.

Sunday, 17 November 2013

Sekitar Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2013



Tarikh: 14 November 2013

Tempat: Dewan Terbuka SK Kampung Tayor

Bilangan calon UPSR Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor untuk tahun 2013 adalah seramai 9 orang dimana kesemuanya mendapat keputusan lulus penuh semua mata pelajaran. 

Calon yang berjaya mencatat keputusan 5A adalah seramai 2 orang iaitu Raja Ahmad Khairuddin Bin Raja Azman dan Muhammad Anuar Bin Rusni.

Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor untuk UPSR tahun ini adalah 1.80

Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga untuk tahun-tahun mendatang, Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor akan terus cemerlang dan meningkat dari segi pencapaian dan keputusan peperiksaan UPSR. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis penyerahan keputusan UPSR oleh Guru Besar SK Kampung Tayor, En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya kepada semua murid SK Kampung Tayor yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Hari penyampaian Hadiah & Anugerah Kecemerlangan SKKT 2013




Pada hari Selasa, 12 November 2013, Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor telah mengadakan Hari penyampaian Hadiah & Anugerah Kecemerlangan 2013. Majlis itu bermula pukul 9.30 pagi. Wakil PPD Setiu, wakil Adun Kawasan Langkap serta Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan terbuka sekolah.
    

Tuesday, 12 November 2013

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.

Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Muat turun Logo Baharu KPM BM JPG

Muat turun Logo Baharu KPM BI JPG

Muat turun Garis Panduan Penggunaan Logo KPM di sini

Sunday, 10 November 2013

Keputusan UPSR pada 14 November 2013


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 Nov ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Nov dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 Nov ini," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jamuan Akhir Tahun SKKT 2013





Pada 07 November 2013, telah berlangsung satu majlis Jamuan Akhir Tahun 2013 yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Kampung Tayor. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan semua guru dan kakitangan SK Kampung Tayor yang telah memberikan khidmat bakti yang terbaik untuk SK Kampung Tayor sepanjang tahun 2013. Jamuan ini telah diadakan di perkarangan Dewan Makan Lake Kenyir Resort.  Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiranYang Dipertua dan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sekolah serta wakil JKKK Kampung Tayor.

Monday, 4 November 2013

Salam Awal Muharram 1435H



1 Muharram 1435H bersamaan 5 November 2013

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah . Firman ALLAH SWT bermaksud:
 
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi ALLAH ialah dua belas bulan, dalam ketetapan ALLAH di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu” .(Surah At Taubah :36)

Wednesday, 30 October 2013

Perasmian Penutup Program Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah 2013





Majlis perasmian penutup "Program Membaca 1Malaysia" peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor telah diadakan pada 24 Oktober 2013 bertempat di Pusat Sumber sekolah. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar SK Kampung Tayor, En. Mohd Sabri b. Mat Jaya. Majlis juga telah diserikan lagi dengan pertandingan sajak yang disertai oleh murid-murid SK Kampung Tayor. Program Membaca 1Malaysia ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut iaitu bermula dari 22 Oktober 2013 hingga 24 Oktober 2013.

Tuesday, 22 October 2013

~MILO~ di SK Kampung Tayor



Kedatangan Milo ke SK Kampung tayor pada 21 Oktober 2013.




Program Ceramah Pemakanan



Pada hari Isnin, 14 Oktober 2013 yang lepas telah berlangsung satu program Ceramah Pemakanan yang disampaikan oleh Dr Norfazilah bt Jusoh dari Klinik Kesihatan Kampung Rahmat, bertempat di Makmal Komputer Sk Kampung Tayor. Program ceramah ini telah dihadiri oleh guru-guru serta murid-murid SK Kampung Tayor.





Pemurnian Bilik Linus SKKT



Aktiviti pemurnian bilik linus yang berlangsung hampir 2 minggu telah melibatkan guru, wakil PIBG dan murid-murid SK Kampung Tayor telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Aktiviti ini adalah sempena pertandingan bilik dan sudut linus peringkat daerah Setiu.




Thursday, 17 October 2013

Takwim Persekolahan Tahun 2014



Takwim Persekolahan Tahun 2014

Kumpulan A : Sekolah-Sekolah di Negeri Terengganu, Kelantan & Kedah

PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan01.01.201431.01.201422
Hari Persekolahan01.02.201428.02.201420
Hari Persekolahan01.03.201420.03.201415
Cuti Pertengahan Penggal I21.03.201429.03.20149
Hari Persekolahan30.03.2014
31.03.2014
2
Hari Persekolahan01.04.201430.04.201422
Hari Persekolahan01.05.201426.05.201418
Cuti Pertengahan Tahun27.05.201414.06.201419

Thursday, 10 October 2013

Program Lawatan Tahunan SK Kampung Tayor 2013



Program lawatan tahunan SK Kampung Tayor telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2013. Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan Putrajaya ini, telah disertai oleh guru, ibubapa dan murid-murid SK Kampung Tayor.






Monday, 30 September 2013

Sukan & Sukaneka Tahunan SKKT 2013



Program Sukan & Sukaneka Tahunan SK Kampung Tayor 2013 telah diadakan pada hari Jumaat 27 September 2013 bertempat di Padang SK Kampung Tayor. Program ini telah diadakan dengan jayanya melibatkan peryertaan guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa murid dan juga semua murid SK Kampung Tayor.



Perkhemahan Tahunan SKKT 2013



Perkhemahan Tahunan SK Kampung Tayor 2013 pada 26 hingga 28 September 2013 bertempat di Perkarangan SK Kampung Tayor.



Wednesday, 25 September 2013

Program Gotong-Royong kali ke-2 SKKT 2013



Program Gotong-royong kali 2 SK Kampung Tayor 2013 telah diadakan pada hari Isnin 23 September 2013 bertempat di Sekitar kawasan sekolah SK Kampung Tayor. Program ini telah diadakan dengan jayanya melibatkan peryertaan guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa murid dan juga semua murid SK Kampung Tayor.





 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons