Pada 28 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di Dewan Terbuka SK Kampung Tayor, telah berlangsung majlis sambutan Merdeka peringkat sekolah sempena meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang sambutan berlangsung, seperti Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan Pakaian Patriotik, Kuiz Merdeka dan Pertandingan Mewarna.