Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Sejarah Sekolah

  Sejarah Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor

  • Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor dibina pada tahun 1976 di bawah peruntukan Bank Dunia dan dibuka pada tahun 1978. 
  • Tahun pertama sekolah ini dibuka, bilangan murid adalah seramai 150 orang. Ianya terdiri daripada anak-anak pekerja  Ladang Tayor serta  tiga buah ladang berhampiran iaitu Ladang Fikri, Ladang Pakoh Jaya dan Ladang Sentosa yang merupakan gugusan ladang di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad negeri Terengganu (PMINT).  
  • Pada peringkat permulaan, hanya ada sebuah bangunan dua tingkat sahaja, yang terdiri daripada lima buah bilik di tingkat atas dan lima bilik di tingkat bawah. Pada tingkat bawah terletak bilik pejabat serta bilik guru. 
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor mula mengalami kekurangan murid setelah 3 buah sekolah berdekatan mula dibuka pada sekitar tahun 1979 dan 1980. 
  • Setelah lapan tahun beroperasi, kerajaan telah meluluskan sebuah bangunan setingkat  yang dibina berhadapan dengan bangunan yang sedia ada. Bangunan ini menempatkan  tiga buah bilik. 
  • SK Kampung Tayor mempunyai bangunan ketiganya  pada tahun 1990 yang menempatkan dua bilik dimana salah satunya dijadikan sebagai bilik surau.   
  • Pada tahun 2002, sekolah ini mula mengalami kekurangan murid yang ketara dimana berlaku penurunan murid secara mendadak iaitu daripada 122 orang kepada hanya 65 orang. Ini disebabkan oleh pembukaan Pusat Kesihatan Sri Langkap yang mana separuh daripada murid sekolah ini adalah anak-anak kepada kakitangan Pusat Kesihatan. 
  • Bangunan sekolah telah bertambah lagi pada tahun 2003 apabila satu unit bangunan yang menempatkan  tiga bilik untuk kegunaan program ETEMs siap dibina. 
  • Pada tahun 2008, dua blok bangunan dua tingkat dengan pelbagai kelengkapan telah siap dibina sepenuhnya dan sedia untuk digunakan. Kami melangkah megah ke bangunan baru bersama anak didik yang seramai 45 orang sahaja. 


Mantan Guru Besar SK Kampung Tayor


 Bil  Nama Tahun Berkhidmat

1.En. Muhazer bin Hj. Mohd Mastor1979 - 1984

2.En. Anang bin Mohamad1984 - 1996

3.En. Ahmad Soffian bin Abd. Rahman1997 - 1998

4.En. Ibrahim bin Che Mohd 1998 - 2004

5.En. Sulong bin Nik Man2004 - 2007

6.En. Khalib bin Muda2008 - 2009

7.Tn. Hj. Mat Yaman bin Mohamad2010 - 2012


Tokoh-tokoh yang dilahirkan 
  • Dr. Ramlah Binti Haji Ali - Bertugas sebagai Doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
  • Puan Siti Zulaikha Binti Haji Ali - Bertugas sebagai Guru Besar.
  • En. Zairi Hafizi Bin Idris - Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Terengganu.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons