Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Sunday 31 July 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan al Mubarak 1432H



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Thursday 28 July 2011

Takwim Persekolahan 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011


Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16

Wednesday 27 July 2011

Prasarana Sekolah


KEMUDAHAN FIZIKAL

     1. Bangunan Sekolah

     2. Bilik Darjah

     3. Bilik Khas

     4. Makmal / Bilik Sains

     5. Pusat Sumber Sekolah

     6. Surau

     7. Bilik Sakit

     8. Bengkel Kemahiran Hidup

     9. Bilik Guru

     10. Bilik Mesyuarat

Tuesday 26 July 2011

Pencapaian 3 Tahun Keputusan UPSR SK Kampung Tayor

Pencapaian 3 Tahun (2008 - 2010) Keputusan UPSR SK Kampung Tayor

Monday 25 July 2011

Iklim Kerja


Iklim Kerja Masyarakat Guru dan Kakitangan SK Kampung Tayor

"Ke Arah Mengamalkan Budaya Kerja
Yang Berkualiti Untuk Mencapai
Kecemerlangan
Dalam Memberi Pendidikan
Berasaskan Kepada
Falsafah Pendidikan Negara
Dalam Suasana Menyeronokkan"

Kerana ALLAH SWT
Kerana Minat
Kerana Kesejahteraan Keluarga
Kerana Bangsa dan Negara



Lagu Sekolah


Berdiri sungguh indahnya
Bangunan sekolah kita
SK Kampung Tayor gemilang
Menuju kejayaan
Guru mencurahkan ilmu
Berbakti sepenuh jiwa
Pengorbanan guru disanjung
Kami pasti berjaya
Pendidikan diutamakan
Melahirkan cendikiawan
Kebersihan dibudayakan
Kami anak cemerlang
Kepadamu SKKT
Buat biar menjadi
Kejayaan pasti dicapai
Itulah janji kami

Penerangan Lencana Sekolah




Lencana SK Kampung Tayor



Penerangan mengenai lencana sekolah:

WARNA
 MERAH

Semangat dan kegigihan dalam kalangan guru dan pelajar  untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah dalam mencapai Wawasan Pendidikan.
 BIRU
Perpaduan dan kerjasama di antara guru dan murid serta masyarakat ke arah pembentukan masyarakat penyayang.

 HIJAU

Melambangkan persekitaran sekolah yang damai.

Piagam Pelanggan Sekolah



Kami sedia memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, adil dan saksama kepada semua  yang berurusan dengan SK Kampung Tayor sebagaimana berikut:
  • Berusaha memberikan pendidikan yang berkualiti dan seimbang kepada  semua murid dengan adil dan saksama.
  • Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi serta persekitaran yang menarik.

Matlamat Sekolah



Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor mempunyai MATLAMAT untuk:
  1. Melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama sebagai panduan hidup.
  2. Melahirkan insan yang berilmu dan beramal.
  3. Melahirkan insan yang cintakan ilmu.
  4. Menyediakan Peluang untuk pelajar meneroka ilmu agar dapat memperkembangkan potensi diri.
  5. Memupuk kasih sayang di antara warga sekolah, rakan, guru, sekolah, agama dan negara.

Visi dan Misi Sekolah




~ VISI SK KAMPUNG TAYOR ~

 " Sekolah unggul penjana generasi terbilang "


~ MISI SK KAMPUNG TAYOR ~

 " Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti "

Maklumat Am Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TAYOR,
21500 SETIU, TERENGGANU DARUL IMAN.

Saturday 23 July 2011

Sejarah SK Kampung Tayor

  • SK Kampung Tayor mula dibina pada tahun 1976 di bawah peruntukan Bank Dunia dan sesi persekolahan secara rasminya telah dibuka pada tahun 1978.
  • Pada peringkat permulaan, sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat sahaja yang terdiri daripada lima buah bilik darjah.
  • Guru Besar pertama yang menabur bakti di sekolah ini ialah En. Muhazer bin Haji Mohd Mastor dengan bilangan murid terawal belajar di sekolah ini adalah seramai 150 orang.

Thursday 21 July 2011

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2011

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2011

24 Mac 2011 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2011 bertempat di Dewan Terbuka SK Kampung Tayor. Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan persembahan murid-murid SK Kampung Tayor. Aturcara majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG diikuti dengan  ucapan Guru Besar SK Kampung Tayor, Tuan Haji Mat Yaman bin Mohamad yang menyentuh serba-sedikit tentang program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, pengukuran pencapaian murid di SK Kampung Tayor dan kepentingan ibu bapa untuk memastikan agar anak masing-masing menghadiri program-program  yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Tayor bagi tahun 2011 pula telah disempurnakan oleh Penyelia Pendidikan Islam PPD Setiu, Tuan Haji Mohd Nizan Bin Abd Majid mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Setiu yang tidak dapat hadir. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti, dan ini menunjukkan bahawa pihak ibu bapa sentiasa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SK Kampung Tayor.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons