Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Saturday 23 July 2011

Sejarah SK Kampung Tayor

  • SK Kampung Tayor mula dibina pada tahun 1976 di bawah peruntukan Bank Dunia dan sesi persekolahan secara rasminya telah dibuka pada tahun 1978.
  • Pada peringkat permulaan, sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat sahaja yang terdiri daripada lima buah bilik darjah.
  • Guru Besar pertama yang menabur bakti di sekolah ini ialah En. Muhazer bin Haji Mohd Mastor dengan bilangan murid terawal belajar di sekolah ini adalah seramai 150 orang.
  • Pada tahun 1986, sebuah lagi bangunan setingkat telah dibina diikuti dengan bangunan ketiga dan keempat  yang dibina pada tahun 1990 dan tahun 2003.
  • Pada tahun 2002, berlaku kekurangan murid iaitu daripada 122 orang kepada 65 orang murid.
  • Pada tahun 2008, dua blok bangunan baru dengan pelbagai kelengkapan telah siap sepenuhnya dan telah digunakan sehingga sekarang.
  • Bermula bulan Disember 2009 hingga bulan Julai 2012, Guru Besar yang memimpin sekolah ini ialah Tuan Haji Mat Yaman bin Mohamad.
  • Guru Besar yang menabur khidmat bakti di sekolah ini sekarang ialah En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya. Beliau telah memulakan tugas di sekolah ini pada bulan Julai 2012. 

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons