Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Sunday 17 November 2013

Sekitar Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2013



Tarikh: 14 November 2013

Tempat: Dewan Terbuka SK Kampung Tayor

Bilangan calon UPSR Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor untuk tahun 2013 adalah seramai 9 orang dimana kesemuanya mendapat keputusan lulus penuh semua mata pelajaran. 

Calon yang berjaya mencatat keputusan 5A adalah seramai 2 orang iaitu Raja Ahmad Khairuddin Bin Raja Azman dan Muhammad Anuar Bin Rusni.

Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor untuk UPSR tahun ini adalah 1.80

Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga untuk tahun-tahun mendatang, Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor akan terus cemerlang dan meningkat dari segi pencapaian dan keputusan peperiksaan UPSR. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis penyerahan keputusan UPSR oleh Guru Besar SK Kampung Tayor, En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya kepada semua murid SK Kampung Tayor yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Hari penyampaian Hadiah & Anugerah Kecemerlangan SKKT 2013




Pada hari Selasa, 12 November 2013, Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor telah mengadakan Hari penyampaian Hadiah & Anugerah Kecemerlangan 2013. Majlis itu bermula pukul 9.30 pagi. Wakil PPD Setiu, wakil Adun Kawasan Langkap serta Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan terbuka sekolah.
    

Tuesday 12 November 2013

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.

Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Muat turun Logo Baharu KPM BM JPG

Muat turun Logo Baharu KPM BI JPG

Muat turun Garis Panduan Penggunaan Logo KPM di sini

Sunday 10 November 2013

Keputusan UPSR pada 14 November 2013


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 Nov ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Nov dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 Nov ini," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jamuan Akhir Tahun SKKT 2013





Pada 07 November 2013, telah berlangsung satu majlis Jamuan Akhir Tahun 2013 yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Kampung Tayor. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan semua guru dan kakitangan SK Kampung Tayor yang telah memberikan khidmat bakti yang terbaik untuk SK Kampung Tayor sepanjang tahun 2013. Jamuan ini telah diadakan di perkarangan Dewan Makan Lake Kenyir Resort.  Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiranYang Dipertua dan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sekolah serta wakil JKKK Kampung Tayor.

Monday 4 November 2013

Salam Awal Muharram 1435H



1 Muharram 1435H bersamaan 5 November 2013

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah . Firman ALLAH SWT bermaksud:
 
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi ALLAH ialah dua belas bulan, dalam ketetapan ALLAH di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu” .(Surah At Taubah :36)

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons