Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Monday 4 November 2013

Salam Awal Muharram 1435H



1 Muharram 1435H bersamaan 5 November 2013

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah . Firman ALLAH SWT bermaksud:
 
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi ALLAH ialah dua belas bulan, dalam ketetapan ALLAH di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu” .(Surah At Taubah :36)

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.  Rasulullah SAW  telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan ALLAH (shahrullah) .

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya ALLAH SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi ALLAH SWT  selepas bulan Ramadhan adalah bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan ALLAH yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Sejak zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab, umat Islam secara rasminya menggunakan kelendar Hijriyyah Qamariyyah. Istilah 'HIJRIYYAH' dirujuk kepada peristiwa 'penghijrahan' Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari kota Makkah ke kota Yathrib yang kemudiannya ditukar namanya kepada Al Madinah Al Munawwarah. Kelendar Hijriyyah Qamariyyah menjadikan  tahun penghijrahan  Nabi SAW ini  sebagai tahun pertama (1 Hijrah). Manakala istilah 'QAMARIYYAH' pula dirujuk kepada kaedah pengiraannya yang berdasarkan kepada peredaran 'bulan' mengelilingi bumi. Tahun Hijriyyah Qamariyyah mengandungi 12 bulan, dimulai dengan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah.  Bulan Muharram adalah antara bulan-bulan utama yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Antara keistimewaan bulan Muharram:
  1. Nabi Muhammad SAW menisbahkan bulan ini kepada ALLAH  dengan menggelarkannya sebagai Syahrullah (bulan ALLAH). 
  2. Bulan ini adalah satu di antara 4 bulan yang diharamkan berperang padanya. Selain Muharram, bulan-bulan yang diharamkan berperang ialah Rejab, Zulqaedah dan Zulhijjah. Di zaman jahiliyyah, orang-orang Arab membuat peraturan gencatan senjata pada bulan-bulan ini. Setelah Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai rasul, budaya ini diakui dan diteruskan oleh Islam kerana Islam mementingkan keamanan. Namun begitu peperangan di dalam bulan ini dibenarkan sekiranya musuh mula menyerang.
Terdapat beberapa peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan ini, iaitu;
  1. ALLAH menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya daripada Firaun pada bulan Muharram. 
  2. ALLAH  menerima taubat Nabi Adam AS juga pada bulan Muharram. 
  3. Di dalam bulan ini juga ALLAH menerima taubat kaum Nabi Yunus AS yang sebelum itu derhaka kepada Baginda SAW.
  4. Bulan ini juga menyaksikan peperangan Khaibar, iaitu peperangan yang berlaku di antara umat Islam dengan orang-orang Yahudi yang berakhir dengan kemenangan memihak kepada umat Islam.  Peristiwa ini berlaku pada penghujung Muharram tahun ke enam hijriyyah.  
  5. Dalam bulan Muharram juga Nabi Muhammad SAW cuba diracun oleh orang-orang Yahudi. Peristiwa ini berlaku setelah orang-orang Yahudi kalah di dalam peperangan Khaibar, mereka menghadiahkan daging kambing beracun kepada Baginda. Namun dengan mukjizat yang ALLAH berikan kepada Baginda SAW, daging berkenaan bersuara sebaik sahaja Nabi SAW ingin menjamahnya. Daging itu memberitahu bahawa ia telah diracun.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons