Majlis perasmian penutup "Program Membaca 1Malaysia" peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor telah diadakan pada 24 Oktober 2013 bertempat di Pusat Sumber sekolah. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar SK Kampung Tayor, En. Mohd Sabri b. Mat Jaya. Majlis juga telah diserikan lagi dengan pertandingan sajak yang disertai oleh murid-murid SK Kampung Tayor. Program Membaca 1Malaysia ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut iaitu bermula dari 22 Oktober 2013 hingga 24 Oktober 2013.