Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Wednesday 7 November 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Kampung Tayor 2012



Majlis Anugerah Kecemerlangan
SK Kampung Tayor Tahun 2012

Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Selasa, 6 November 2012 bertempat di Dewan Terbuka SK Kampung Tayor. Majlis Anugerah Kecemerlangan ini merupakan majlis yang dianjurkan setiap tahun khusus untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap pencapaian dan kejayaan murid-murid SK Kampung Tayor dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2012.

Matlamat utama penganjuran majlis ini adalah untuk memberi dorongan dan sokongan kepada murid-murid SK Kampung Tayor yang menerima anugerah pada kali ini supaya mereka terus berusaha meraih kejayaan di samping memberi contoh kepada murid-murid lain untuk sama-sama berusaha ke arah kecemerlangan.

Semoga dengan segala usaha semua guru SK Kampung Tayor dan ibubapa di dalam mendidik anak-anak bangsa ini, akan membuahkan kejayaan dan memberi manfaat yang berguna pada masa akan datang. 

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons