Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Sunday 22 July 2012

Selamat Datang Guru Besar Baru SK Kampung Tayor



En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 16hb Julai 2012 yang lalu, SK Kampung Tayor telah menyambut kedatangan Guru Besar yang baru iaitu En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya bagi menggantikan mantan Guru Besar, Tuan Haji Mat Yaman yang bertukar ke SK Bari Sungai Tong.
Sedikit mengenai En. Mohd Sabri, beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun. Berasal dari Kelantan, beliau telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata. Sebelum berkhidmat di SK Kampung Tayor, beliau telah menabur bakti sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK Rhu Sepuluh selama 1 tahun lebih.

Seluruh warga SK Kampung Tayor mengalu-alukan kedatangan En. Mohd Sabri dan semoga pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dapat memacu dan memimpin SK Kampung Tayor ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang

Selamat berkhidmat diucapkan kepada Guru Besar SK Kampung Tayor, En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons