Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Saturday 23 June 2012

Kejohanan Olahraga SK Kampung Tayor Tahun 2012

20 Jun 2012 - Bertempat di padang SK Kampung Tayor, telah berlangsung dengan jayanya kejohanan olahraga peringkat sekolah bagi tahun 2012. Kejohanan ini menyaksikan rumah-rumah sukan bersaing sesama mereka dalam pelbagai acara olahraga yang dipertandingkan. Kejohanan yang bermula pada pukul 8.00 pagi didahului dengan perbarisan rumah-rumah sukan. Seterusnya, ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kampung Tayor, Tuan Haji Mat Yaman b. Mohamad. Tepat pukul 9.00 pagi, acara-acara mula dipertandingan dan kemeriahan kejohanan pada kali ini berakhir lebih kurang pukul 12.30 tengahari dengan majlis penyampaian hadiah dan jamuan.

Acara-acara yang dipertandingankan:
  • Lumba Lari 100 meter Tahap 2 (L &P)
  • Lumba Lari 50 meter Tahap 1 (L &P)
  • Lumba Lari 200 meter Tahap 2 (L &P)
  • Lumba Lari 100 meter Tahap 1 (L &P)
  • Lompat Tinggi Tahap 2 (L&P)
  • Lontar Peluru Tahap 2 (L&P)
  • Lumba Lari 4 x 50meter Tahap 1 (L)
  • Lumba Lari 4 x 100meter Tahap 2 (L &P)
  • Lumba Lari 2 x 50meter Tahap 1 (P)
  • Lumba Lari 4 x 200meter Tahap 2 (L)

Rasional Kejohanan Olahraga SK Kampung Tayor:
  • Mencetuskan semangat dan kesedaran tentang kepentingan bersukan.
  • Memberi pendedahan tentang kepentingan sukan dan riadah dalam kehidupan seharian.
  • Menanamkan sikap disiplin diri yang tinggi dalam kalangan murid.
Objektif Kejohanan Olahraga SK Kampung Tayor:
  • Memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama antara ahli rumah sukan.
  • Melahirkan murid yang cergas dan cerdas.
  • Merapatkan hubungan warga SKKT, ibubapa dan murid.

Dengan berakhirnya kejohanan olahraga bagi tahun 2012 ini, diharapkan ia telah memberi manfaat yang baik kepada seluruh warga SK Kampung Tayor dan meningkatkan lagi semangat muhibbah seterusnya mewujudkan budaya kerja yang harmoni. Jawatankuasa kejohanan olahraga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, Guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons