Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Sunday, 10 November 2013

Keputusan UPSR pada 14 November 2013


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 Nov ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Nov dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 Nov ini," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jamuan Akhir Tahun SKKT 2013





Pada 07 November 2013, telah berlangsung satu majlis Jamuan Akhir Tahun 2013 yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Kampung Tayor. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan semua guru dan kakitangan SK Kampung Tayor yang telah memberikan khidmat bakti yang terbaik untuk SK Kampung Tayor sepanjang tahun 2013. Jamuan ini telah diadakan di perkarangan Dewan Makan Lake Kenyir Resort.  Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiranYang Dipertua dan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sekolah serta wakil JKKK Kampung Tayor.

Monday, 4 November 2013

Salam Awal Muharram 1435H



1 Muharram 1435H bersamaan 5 November 2013

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah . Firman ALLAH SWT bermaksud:
 
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi ALLAH ialah dua belas bulan, dalam ketetapan ALLAH di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu” .(Surah At Taubah :36)

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons