Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Kampung Tayor Tahun 2012 |
Sekolah Kebangsaan Kampung Tayor telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Selasa, 6 November 2012 bertempat di Dewan Terbuka SK Kampung Tayor. Majlis Anugerah Kecemerlangan ini merupakan majlis yang dianjurkan setiap tahun khusus untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap pencapaian dan kejayaan murid-murid SK Kampung Tayor dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2012.