Semua bekas Murid dan Guru di SK Kampung Tayor dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Kampung Tayor

| Pendaftaran Alumni |

Sunday 22 July 2012

Selamat Datang Guru Besar Baru SK Kampung Tayor



En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 16hb Julai 2012 yang lalu, SK Kampung Tayor telah menyambut kedatangan Guru Besar yang baru iaitu En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya bagi menggantikan mantan Guru Besar, Tuan Haji Mat Yaman yang bertukar ke SK Bari Sungai Tong.
Sedikit mengenai En. Mohd Sabri, beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun. Berasal dari Kelantan, beliau telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata. Sebelum berkhidmat di SK Kampung Tayor, beliau telah menabur bakti sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK Rhu Sepuluh selama 1 tahun lebih.

Pertukaran Guru Besar SK Kampung Tayor



Tuan Haji Mat Yaman Bin Mohamad

Berkuatkuasa pada 16 Julai 2012 yang lalu, Guru Besar SK Kampung Tayor, Tuan Haji Mat Yaman Bin Mohamad  telah bertukar ke SK Bari Sungai Tong, Setiu.

Tuan Haji Mat Yaman telah berkhidmat di SK Kampung Tayor selama lebih kurang 3 tahun bermula 16 Disember 2009. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah berjaya memimpin sekolah dengan baik di samping mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan kondusif.

Thursday 5 July 2012

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Puan Suhazani bt Abd Rahman

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un.

Pada 2 Julai 2012 yang lalu, warga SK Kampung Tayor telah  menerima berita mengenai kembalinya ke rahmatullah salah seorang guru sekolah ini iaitu Allahyarhamah Puan Suhazani bt Abd Rahman.  

Allahyarhamah sememangnya dikenali sebagai seorang pendidik yang amat berdedikasi dan amat disenangi oleh semua pihak. Pemergian allahyarhamah amatlah dirasai oleh semua warga SK Kampung Tayor.

Warga SK Kampung Tayor mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons